THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

My Blog List

Thursday, November 18, 2010

Aku Ingin Puasa


 Hari ni merupakan 1 ramadahan, ianya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia. Sepanjang sebulan bulan ramadhan ini semua umat islam akan berpuasa, menahan diri dari lapar, dahaga dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar  hingga terbenamnya matahari.
 Tetapi ak untuk seumur hidupku tidak pernah ak berpuasa apatah lagi sembahyang. Kedua orang tuaku juga sama, bahkan jika aku memberitahu niatku untuk smbahyang, kutukan akan aku terima.
 Pernah sekali, di bulan ramadhan, ak bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak puasa dan tidak pernah mengajarku untuk berpuasa? Pada saat itu keinginan ak untuk puasa membuak-buak. Tetapi apa yang ak dapat? Gelakkan dari keluargaku “apa kau nak puasa? Hahhahahahha jangan buat lawak la. Dalam family kita x ad yang puasa bahkan keturunan kita x pernah puasa hahah.”itulah yang ak dapat dari ayah. Ibuku apa lagi terus menyambung “ wahai anakku, janganlah kau bertanya soalan semacam ini lagi kerana ianya menggelikan hati ibu mu ini..hahhahahhah.” ak pandang kearah kakakku, dia memandang kearahku, lalu berkata “ hello, excuse me, ko jgn nk mimpi la nak puasa, belum pernah spesies atupun keturunan kita ni yang puasa. Please my little brother stop thinking about it.hhahhaaahah.” tetiba akak aku speaking mana dia belajar pun ak x tahu. Ini yang ak dapat setelah aku menyampaikan niatku bukan itu sahaja abang ku juga turut memtertawakan aku. Sehinggakan aku di mata mereka hanya bahan untuk mereka ketawa.
 Aku sedar hakikat sebenar, aku sedar siapa diriku, tidak layak untuk ak berpuasa sedangkan solat pun tidak pernah aku dirikan. Aku sedar bahawa aku dilahirkan sebagi seekor kerbau, apa aku boleh buat. Disaat ini aku merasa kan orang-orang islam sangat bertuah kerana telah dilahirkan sebagai seorang islam .


p/s : ni cerita x de kene mengena ngan yg idup taupun yg xde... ni boring pnyer pasal la ak bwt citer ni...

Sunday, October 3, 2010

BERLARI SEJAUH YANG MUNGKIN





telah jauh aku berlari,
tiba-tiba ak terjatuh,
sakit kurasakan,
dalam luka dan berdarah 
aku merasakan kepedihan,
lalu ku gengam tangan ku 
lalu menongkat ke tanah,
ak kuatkan kaki ini 
untuk ak terus berlari,
air mata yang mengalir
dibiarkan kering ditiup angin,
sikit pun tidak aku hiraukan
kerana ini bukan kali pertama
ak jatuh
tapi ini kali pertama 
ak jatuh dan bisa bangun 

Monday, August 16, 2010

sajak untukmu

wahai ombak,
dengarlah ceritaku,
cerita sedih seorang perindu,
dari derumu,
barangkali kau mengerti lukaku,
sepertimu,
aku jua tiada arah untuk ku tuju,
hempasanmu seperti melempar resah,
seperti akukah resahmu itu?