THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

My Blog List

Tuesday, April 26, 2011

WANITA DAN RAMA-RAMA

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana
adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul.
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak
menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan
perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda
telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila
bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa
ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan
diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana
rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama
terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan
pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai
ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi
sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap
rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab
ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya
keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu.Bezanya
lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.


Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah
itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat
memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin
mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati,
kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian
anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2
belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda
berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh
seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki
yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara
dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.
Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah
ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik
daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada
sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI 
ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…





Thursday, April 21, 2011

BAS OH BAS

Hari ni aku naik bus dari Kelantan ke KL… tapi bkn tu yg aku nk citer, ni pasai bus yg sakit hati.. nk tau nape??? Bayangkan aku terpaksa tunggu bus dating dalam sejam lebih…dalam tiket tulis 9.30 pg.. tapi kul 10.40bru bus sampai..huh aku ni bkn ape lau tnggu dalam 5-10 minit x de la berkira sgt..ni x dekat ngan 70 minit gak aku tnggu.. camni ke industry bus nk maju…aku rasa sbb ni la x ramai yg nk naik knderaan awam…aku bukan ap..ni bukan nye kali pertama.. tapi dh mmg setiap kali aku naik bus nk balik KL mmg camni..kira2nya tunggu sejam tu biasa jer…tapi lam hati panas gak la..hah bukan aku sorang jer kata lagu ni…ramai yg cakap knderaan awam especially nya bus yg nk jln jauh, mmg camni…

Kes ni sama je jd kat adik aku.. dia nk balik pinang.. perh tunggu bus sampai 2 jam bru bus sampai…kat dalam tket tulis kul 9.00 pagi.. tup2 kul 11 lbih baru sampai…ermmm mmg hampeh mnunggu..

Lau ni la sbbnya ramai yg x nk anik knderaan awam,ermmm aku setuju sgt2…yela dr dapat dosa kering duk sumpah seranah kat bus tu bik x yah naik trus…

Tp tu la bwt masa skang aku terpksa la naik knderaan awam  cz x mmpu lag ink bli knderaan sendiri…

Moral of the story, kpd syarikat2 bus yg berkenaan ataupun kat sume pengusaha bus…tolong la tepati masa n pastikan anda lebih efficient…cuba anda pkir cmne anda nk maju lau customer asyik duk komplen jer…sekian tq…