THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

My Blog List

Sunday, December 26, 2010

CINTA


Definasi cinta berbeza bagi setiap orang, tapi mungkin kadang-kadang sama, maybe…ada orang kata cinta tu umpama sambal belacan, yang aku tau sambal belacan tu pedas, cinta tu pedas ke or maybe ad mkna disebalik sambal belacan kowt, atau mungkin sebab sambal belacan tu best kowt. Cinta tu best ke?  Tak tau la plak aku… hah ada juga yang kata cinta tu indah… indah? Maksudnya? Ak sendiri pn tak tau ap yang dimaksudkan dengan “indah” tu. Ermm ad la plak kata cinta tu buta. Bermata rupanya cinta ni, baru ku tahu…  tak kisah la apa definisi cinta setiap orang asalkan mereka bahagia dengan cinta mereka.
Tapi bagaimana dengan aku? Aku hahahhaah… bleh dikatakan seorang yang agak “buta” dalam bab cinta ni. So, apa makna cinta bg aku?  Tapi ak ad byk persoaln tentangnya. Betulkah cinta tu menyakitkan? Betukah cinta tu menyusahkan? Betulkah cinta akan buat kita menanggis? … kalau lah semua persoaln itu jawapannya ya… maknanya cinta tu x  da lah indah…
Okey berbalik kpd pndapat aku tentang cinta… errmmmm cinta, ianya sepeti berkaitan dengan perasaan… cinta mungkin indah jika ianya bersulamkan kejujuran dan kesetiaan. Bukan itu sahaja, cinta bukan hanya memberi tapi juga menerima. Tapi cinta juga menyakitkan, bila dilukai…tp aku rasa cinta tu lagi indah jika orang yang kita cintai bahagia...

                                                                    
tp .. brapa byk tp daaa... ermmm macammana ngan cinta yang dikatakan bertepuk sebelah tangan... cam menyakitkan jer??? so, macam mn ni??? aduh pning2...
                                                                                  
Tapi walau apapun  definisi cinta….bagi aku ada cinta yang x akan dan x mungkin aku dapat dan x mungkin dapat aku ganti, iaitu cinta dari kedua orang tua ku, ibu dan ayah… so, cintailah mereka seperti mana mereka mencintai kita… dan jangan pula kita lupa pada cinta yang abadi, iaitu cinta pada YANG MAHA PENCIPTA….
                                                                               

Friday, December 3, 2010

MAIN PS

Dua tiga hari ni aku lepak kat umah pak cik aku kat KL,sebelum pergi ke KJR ataupn nama pnjagnya kursus kejurulatihan rekreasi. Sambil tu aku usha2 la gak ap aktiviti cousin2 aku ni, dorang sume dak2 lg yang paling tua pn umur baru 15 tahun satu2nya anak pompuan pk cik aku lagi 4 org lelaki… paham2 jela lau lelaki..lasak diarang tu bleh tahan. tapi ak x ambik port pun cz adik2 aku sume llaki…Waktu aku kat umah pk cik aku 2 aku dk tgk la aktiviti dorang ni…asal cerah je dk main ngan menatang yang namanya PS2 atupun play station bak kata owang putih… aku pn tgk jela sekali tgk cam best, dua kali tgk mmg best.. hehheehhe maklum la zaman aku mna ad menda kejadah 2. Aku dlu main sorok2, main bola beracun,  main bola kaki tiga dan bnyak ar mainan lain. Agak2  budak2 ni tau ke sume mainan  yg aku main… hahhah.Berbalik kpd mainan PS2, ermmm alang2 bnda 2 ad kat depan mata aku. So, rugi la lau x main hehehhe ap lagi.. aku g tau la kat cousin2 aku 2 “ pehal la korang ni semalam aku tgk korang main bnda ni, hari pn main bnda ni, bak sini aku plak yang main”. Cousin2 aku ni mmg x kisah pn .so, dorang pn bagi la ak sejenis yang bukan binatang, tp bnda tu untuk ditekan2, lpas 2 plak dorang suh ak pilih games ap ak nk main…heheehh aku mstilah nk main lumba kereta taupn motor takpun gusti (WWE) hehehehh… so, ak try la  main lumba kereta, dengan segala tnjuk ajar yang diberikan oleh mereka. So. Bleh la ku main ckit x de la menang pn aku main juz dpt no 2 jer dari 10 racer… maklumla bru blajar main PS la katakana…hahaah..Walaupn  main menatang 2 best tapi best lagi mainan aku dulu2 heheheh… tapi walau apapun lau ingat balik waktu kocik2 dlu mmg best woooo….hahha

UPSR



Result dak2 UPSR dah kuar.. camne la ngan dak2 2 (cousin). Maklum lah aku ni ramai sepupu… lau dicampur belah mak n jugak ayah aku bertambah2 lah ramainya… tahun ni ada dua orang yg ambik UPSR… yang ambik PMR pun ad tp biar jela dulu cz results x kuar lg…hehehhe… aku dengar results dak dua owg tu bleh tahan… tahniah sbb dorang lg pndai dr aku..huhuhu..
Bila dengar results dorang tu aku terngat masa sekolah rendah dlu… masa aku nak ambik exam UPSR dlu…ermmm waktu tu aku kecil lagi ap nk kisah sangt sal exam ni… tapi mak aku cakap lau nk g sekolah yang best, n lau nk duk sekolah budak2 pandai kene dapat 5A… aku ni waktu kecik2 dlu bukan budak pandai pun bila dh dewasa ni ak pn masih x tau ak ni pandai k x? eeeeemmm..
Ok now kita berbalik kpd waktu 2… waktu ak drjah 6…aku ni x pandai sangt so, sbb 2 lah ak juz duduk klas no 2 je… hah aku ingat lagi nama kelas aku 6 pintar, walaupun x berapa nk pintar kira ok la kan..hahahha…dan aku masih ingat lg susunan kelas masa aku sekolah dlu… klas pertama bestari, pintar, gigih,cergas dan last sekali kelas usaha… dan dari ap yang aku tau nm2 klas tu kekal hingga ke hari ni, dah lebih kurang 10 tahun nm 2 dipakai…
Dah sudah aku dah jauh meninggalkan topic yang asal… ok kita mula balik… waktu aku darjah 6, masa aku banyak dihabiskan kt sekolah.. mne x nya dr kul 7pg-12.45 tgh hari… pastu kul 1.30-3.00 ptg sambung lg cz ad klas tambahn. Lpas tu kul 8mlm kne pergi balik ke sekolah ad kelas malam la plak. Klas tu sampai kul 10 mlm…yg special nyer sekolah aku ni bila tinggal lagi sebulan nk exam… semua dak2 drjah 6 kne pergi klas malam kul 7 cz kne solat magrb kat sana ramai2 laps tu solat hajt ramai… hampir tiap malam gak la… lpas solat hajt kitaorang smbung la klas malam… ad ke sekolah lain yang buat camni????
Ok … skang bila tiba time exam UPSR… ak x rasa cuak pun… verves pn x… maybe masa tu x reti rasa gmntar lg kowt..heheheheh…waktu 2 aku x pikir ap2 pn owng bagi solan suh jawab so, jawab jela walaupun main hentam je hahah…
Disebabkan ak jwab pn pakai hentam so, result ku pn cam kne hentam jela hahhah, mklumla aku ni budak x brapa nk pintar.. so, UPSR aku ak juz dapat 2A 2B 1C, yg A tu mstilah bhasa ibunda kita b.m…ceewwwahh.heheh yang c tu mstilah subjek yg paling ak x suka bahasa org putih…. So, kesimpulannya ak agak bangga ngan spupu2 ak yang dapat results gempak dari aku…. Huhuhuhu.. tp bila dorang tnya results aku, ermmm  2 yang sdey 2.huuuu






Thursday, November 18, 2010

Aku Ingin Puasa


 Hari ni merupakan 1 ramadahan, ianya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia. Sepanjang sebulan bulan ramadhan ini semua umat islam akan berpuasa, menahan diri dari lapar, dahaga dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar  hingga terbenamnya matahari.
 Tetapi ak untuk seumur hidupku tidak pernah ak berpuasa apatah lagi sembahyang. Kedua orang tuaku juga sama, bahkan jika aku memberitahu niatku untuk smbahyang, kutukan akan aku terima.
 Pernah sekali, di bulan ramadhan, ak bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak puasa dan tidak pernah mengajarku untuk berpuasa? Pada saat itu keinginan ak untuk puasa membuak-buak. Tetapi apa yang ak dapat? Gelakkan dari keluargaku “apa kau nak puasa? Hahhahahahha jangan buat lawak la. Dalam family kita x ad yang puasa bahkan keturunan kita x pernah puasa hahah.”itulah yang ak dapat dari ayah. Ibuku apa lagi terus menyambung “ wahai anakku, janganlah kau bertanya soalan semacam ini lagi kerana ianya menggelikan hati ibu mu ini..hahhahahhah.” ak pandang kearah kakakku, dia memandang kearahku, lalu berkata “ hello, excuse me, ko jgn nk mimpi la nak puasa, belum pernah spesies atupun keturunan kita ni yang puasa. Please my little brother stop thinking about it.hhahhaaahah.” tetiba akak aku speaking mana dia belajar pun ak x tahu. Ini yang ak dapat setelah aku menyampaikan niatku bukan itu sahaja abang ku juga turut memtertawakan aku. Sehinggakan aku di mata mereka hanya bahan untuk mereka ketawa.
 Aku sedar hakikat sebenar, aku sedar siapa diriku, tidak layak untuk ak berpuasa sedangkan solat pun tidak pernah aku dirikan. Aku sedar bahawa aku dilahirkan sebagi seekor kerbau, apa aku boleh buat. Disaat ini aku merasa kan orang-orang islam sangat bertuah kerana telah dilahirkan sebagai seorang islam .


p/s : ni cerita x de kene mengena ngan yg idup taupun yg xde... ni boring pnyer pasal la ak bwt citer ni...

Sunday, October 3, 2010

BERLARI SEJAUH YANG MUNGKIN





telah jauh aku berlari,
tiba-tiba ak terjatuh,
sakit kurasakan,
dalam luka dan berdarah 
aku merasakan kepedihan,
lalu ku gengam tangan ku 
lalu menongkat ke tanah,
ak kuatkan kaki ini 
untuk ak terus berlari,
air mata yang mengalir
dibiarkan kering ditiup angin,
sikit pun tidak aku hiraukan
kerana ini bukan kali pertama
ak jatuh
tapi ini kali pertama 
ak jatuh dan bisa bangun 

Monday, August 16, 2010

sajak untukmu

wahai ombak,
dengarlah ceritaku,
cerita sedih seorang perindu,
dari derumu,
barangkali kau mengerti lukaku,
sepertimu,
aku jua tiada arah untuk ku tuju,
hempasanmu seperti melempar resah,
seperti akukah resahmu itu?